SUMBANGAN IKHLAS TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS)




 

 

APAKAH ITU TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT?

Tabung Amanah Sumbangan Kebajikan Pesakit HSAAS adalah sebuah tabung yang ditubuhkan untuk membantu pesakit-pesakit kurang berkemampuan ketika mendapatkan rawatan di HSAAS. Hasil sumbangan ini, pesakit dapat menerima rawatan yang sempurna dan secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti sediakala.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENERIMA MANFAAT/BANTUAN?

Individu yang telah dikenalpasti dan didapati kurang berkemampuan. Pesakit akan dinilai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan melalui penilaian tahap sosioekonomi (temuduga, lawatan ke rumah dan sebagainya) sebelum satu-satu kes dipertimbangkan untuk dibawa ke Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pesakit  HSAAS